Tuesday, December 1, 2009

DAN DI SITU KAMI BERTEMU LAGI...


Dipendekkan cerita, petang itu kami bertolak pada lebihkurang jam 3.30. Lamunanku tetiba terganggu dek Avanza putih yang sentiasa mengekori kami. Di manakah aku? Ke manakah aku dibawa?
Soalan demi soalan menerjah fikiranku. Lalu ku toleh ke depan....

Rupa-rupanya aku pun berada dalam Avanza putih. Kami sedang berkonvoi ke Jelebu.
Ya, ke Gunung Besar Hantu....
Menyingkap Kisah Cinta Gadis Gunung....

Kami berlima dalam Avanza ini : Azmi, Khairul, alamak lupa nama yang sorang ni - ha.. baru ingat - Faisal!, Azwan (muka baru DOE) dan aku (muka lama dalam siri daki gunung bersama DOE).

Dalam kekusutan fikiran dengan penuh ketenatan sebab aku penat, seronok juga duduk tergelimpang di dudukan paling belakang Avanza. Macam artis nak pergi buat show pula rasanya. Memang untuk trip yang kali ini aku berada dalam serba tak sudah. Pek barang-barang pun aku buat pada sebelah pagi sebelum bertolak. Kali ini langsung tak buat apa-apa persiapan. Cuti pun diluluskan sehari sebelum pergi. Memang aku nekad kalau tak dapat cuti, aku akan drive kete aku ke Jelebu selepas balik kerja. Atas sebab-sebab tertentu, mood aku memang kureng sikit namun semangat aku tak pernah luntur. Pergi tetap pergi walaupun kali ini bersendirian mewakili S.U.Z.I.

Kami berhenti di R & R Seremban untuk bertemu Tuan Haji yang akan menjemput kami. Asal ternampak aja aku, dia terus memberi salam dan girang berbual. Apa tak nya memang kehadiran aku dalam trip dialu-alukan sebab aku selalu sama tak larat dengan dia dalam episod daki mendaki ni. Bukan tak larat sebenarnya tapi kami lebih suka menikmati keindahan pemandangan di sekitar trek yang kami lalui. Kalau jalan laju-laju, tak puas memerhatikan sekeliling.

Macam kawan-kawan DOE juga, Tuan Haji bertanyakan kawan-kawan S.U.Z.I. team aku yang lain. Apa yang harus aku jawab? Hmm... Dorang tak cukup hardcore untuk daki Gunung Besar Hantu, he he he.... Tinggi sangat kot, takut gayat.

Dan tuan Haji pun bercerita tentang plan beliau untuk bawa kami mendaki Gunung Bromo di Surabaya. Adui, kalau dia dah sebut tu maksudnya dia akan usahakan juga untuk kami sampai ke sana. Aku harap ianya menjadi kenyataan. Dan yang paling seronok ialah bila dia kata: semua yang ikut trip kali ini adalah muka-muka yang terpilih untuk trip Gunung Bromo... Waduh-waduh.... teruja banget sih gue...

Kami dibawa ke sebuah warung makan di Jelebu. Teruja betul kami melihat bumbung-bumbung bangunan yang berbentuk tanduk kerbau. Memang nak bergambar berlatarbelakangkan bumbung tersebut, tapi tak nampak dalam gambar.

Sambil menunggu makanan yang dipesan dihidangkan, kami berborak-borak. Seronok bila dapat luangkan masa bersama-sama macam ini. Lupa segala masalah, lapang fikiran. Rupa-rupanya Jelebu adalah kampung halaman Tuan Haji. Seronok betul dia bercerita kepada kami kisah-kisah di situ, termasuk kisah-kisah masa kecil dia.

Dan kami dibawa bermalam di rumah peninggalan arwah ibubapa beliau. Rumah di mana beliau membesar. We feel honoured dapat bermalam di situ. Berbesar hati.




Aku macam biasa takkan melepaskan peluang untuk mengabadikan suasana bersama-sama kawan-kawan. Asal saja aku pasang tripod, biasalah model-model pun tahu peranan masing-masing.

Lepas mandi, kami lepak-lepak dan ngobrol-ngobrol. Udara malam di rumah itu memang sejuk dan segar. Paling best, takda nyamuk. Memang selesa sekali. Kami tidur beramai-ramai secara bersepah-sepah macam baru lepas dipukul ribut.

Untuk kumpulan Kongsi Gelap dari DOE ni, memang kat mana-mana pun mereka akan "palam". Aku pun kengkadang pelik juga sebab mereka macam tak jemu-jemu main terup. Asal ada masa dan tempat aja tentu taukehnya (Sharul) akan buka kasino. Tunggulah, satu hari nanti aku nak tunjuk skil aku. Dorang belum tahu siapa aku di arena judi ini. Chang Ta Peow pun gerun...
Rumah fesyen lama yang cantik itu, rugi kalau tidak diabadikan dalam foto. Manakala yang lelain tu sibuk melayan terup, ada yang bersantai sambil berborak. Itulah waktunya untuk kami berkenalan sebab ada di antara kami yang baru pertama kali berjumpa.


Mana lengkap kalau  keheningan dan kesyahduan malam itu tidak diserikan dengan kopi. Aku pun tak ingat kopi cap apa yang aku buat pada malam itu. Maklumlah, buat kerja kat rumah yang lama ditinggal. Ada kopi ke kat dapur tu? Aku tengok ada serbuk hitam dalam balang kaca. Aku gerodak aja la dengan air panas.
Memandangkan kopi yang dihidangkan itu laris tanpa komplen, ku kira hidangan ku itu adalah macam standard kopi kat StarBucks atau Old Town Coffee... He he...
Dorang dah mabuk terup, mana peduli kopi tu rasa apa... kan?

Dan lewat juga kami tidur pada malam itu.

Apa berlaku seterusnya? Tunggu....

Followers