Tuesday, December 22, 2009

PENDAKIAN BERMULA...


Aku pun dah lupa pada pagi itu kami ada sesi taklimat oleh Guide atau sesi ceramah motivasi oleh Tuan Haji. Oit, mentang-mentang ler dia orang Jelebu, habis berjerabu kita dengor dia jadi lead vocalist. Tak pa di segi geografinya tu memang manthob dia bercerita. Tapi pasal selok-belok trek, kita tunggu dan lihat. Sebenornya deme bersembang je tu. Manalah tau bila berborak panjang nanti ada orang mai serve kopi Radiks... He he....

Aku jeles betul bila tengok gambar ni. Bukan jeles sebab aku ni memang pandai amik gambor sehingga terpampang begitu cantik dan berseninya gambor ini. Tapi jeles banget sebab muka aku tak dapat masuk sekali. Ye la... nak set tripod, tanahnya udah macam bontot deme kalau meniarap ramai-ramai atas jalan... Tinggi-rendah berlekuk-lekuk...


Monday, December 7, 2009

MAI SECAWAN.... KE KAKI GUNUNG...



Kami bangun awal pagi itu, teruja sangat sebagaimana biasa. Hujan gerimis tidak menghalang kami untuk bergambar dan tidak melunturkan semangat kami untuk menjejakkan kaki di puncak Gunung Besar Hantu.
Kali ini S.U.Z.I. ada saingan. Ada fotografer lain bersama SLR Canon bersama-sama S.U.Z.I. berganding bahu merakamkan foto-foto menarik di sepanjang pengembaraan.

Perjalanan kami dari rumah di mana kami menginap ke rumah tauke Guide tidak perlulah diceritakan kerana ianya suatu pengalaman yang biasa. Namun S.U.Z.I. sempat merakamkan klip video. Mana boleh tidak diabadikan.
Kami disambut girang oleh seekor cerpelai yang reti duduk diam. Jenuh juga nak mengambil gambarnya. Comel sangat, tapi tak berani nak pegang sebab takut kena gigit. Jari nak pakai untuk mendaki weh..
YesSS!! Tahu-tahu kami dah pun bertolak. Tengoklah tu.... Mana reti deme duduk diam... Macam cerpelai gak sikit-sikit.


Walau di atas 4WD pun, sesi fotografi tetap berlangsung.... Mencabar you... Terpelanting, terpeleot... Nyaris tak terhumban macam lagu Cinta Yang Terhumban...
Namun abang kita sorang ni, tetap cool... Menahan sakit bontot yang kian kematu korang tak tau....

Sakit dek terhentak tolak ke tepi. Janji bila kamera fokus kat kita, aksi macho mesti menyerlah. Ini yang buatkan model-model Next American Top Model makan hati berulam jantung... Kalaulah Tyra Bank atau Janice Dickinson nampak ni, sure berebut-rebut mereka nak offer jadi model...

Lenguh juga aku nak ngambik foto ni. Bukan apa, tak nak lah nanti BJ frust sebab dia dah post maut kat atas 4WD tu. Dekat 10 kali gak aku cuba amik foto ni.

Dan pendakian kami kali ini diserikan oleh Siti si Gadis Gunung. Amboi kumbang-kumbang sekitar itu bukan main lagi... Ye la, bila lagi kan? Bukan mudah nak dapat peluang berganbar di atas kenderaan yang deras bergerak. Teringat macam dalam movie lak... Ada gaya muka hero dan heroin terlaris di pasaran tu...

Pengalaman menaiki 4WD menuju ke kaki gunung memang menyeronokkan. Di sepanjang perjalanan itu yang memakan masa kira-kira 2 jam, kami bukan sahaja terpaksa menahan diri daripada tertonggeng-monggeng, tetapi juga kena berjaga-jaga takut terhumban ke luar. Jalannya memang tidak rata. Di sana sini, kami terpaksa mengelak daripada dibedal oleh dahan-dahan pokok di kiri kanan jalan. Sakit weh bila kena kepala... Lebih sakit lagi daripada disekeh cikgu.

Aku cuba sedaya upaya merakamkan keseronokan itu.... Seronok le weh.... Ada aweks kan...

Dan akhirnya kami tiba di sebuah destinasi... Ntah, dorang kata kawasan tersebut merupakan lokasi untuk shooting iklan Kopi Radiks... Mai Secawan.... Tapi aku belum tengok lagi iklan tu rasanya...

Kawasan tersebut memang cantik... Air sungainya sangat jernih... Kalaulah diberi kesempatan, mahu aja aku berenang sat... Tapi... perjalanan kami dengan 4WD masih jauh lagi...

Dak eh,... Belum sampai lagi ke kaki gunung.... Ni berhenti sekejap untuk adjust bontot yang dan bengot-bengot akibat tertonggang-langgang dalam 4WD tadi...Bontot ORI tak cucuk silikon pun bisa rebeh deh... dek gara-gara gelandangan di atas mobil pacuan 4 roda...

Ya ampun... Perjalanan seterusnya lagi mencapikkan sekali... Hilang bentuk pinggul gue...

Tuesday, December 1, 2009

DAN DI SITU KAMI BERTEMU LAGI...


Dipendekkan cerita, petang itu kami bertolak pada lebihkurang jam 3.30. Lamunanku tetiba terganggu dek Avanza putih yang sentiasa mengekori kami. Di manakah aku? Ke manakah aku dibawa?
Soalan demi soalan menerjah fikiranku. Lalu ku toleh ke depan....

Rupa-rupanya aku pun berada dalam Avanza putih. Kami sedang berkonvoi ke Jelebu.
Ya, ke Gunung Besar Hantu....
Menyingkap Kisah Cinta Gadis Gunung....

Kami berlima dalam Avanza ini : Azmi, Khairul, alamak lupa nama yang sorang ni - ha.. baru ingat - Faisal!, Azwan (muka baru DOE) dan aku (muka lama dalam siri daki gunung bersama DOE).

Dalam kekusutan fikiran dengan penuh ketenatan sebab aku penat, seronok juga duduk tergelimpang di dudukan paling belakang Avanza. Macam artis nak pergi buat show pula rasanya. Memang untuk trip yang kali ini aku berada dalam serba tak sudah. Pek barang-barang pun aku buat pada sebelah pagi sebelum bertolak. Kali ini langsung tak buat apa-apa persiapan. Cuti pun diluluskan sehari sebelum pergi. Memang aku nekad kalau tak dapat cuti, aku akan drive kete aku ke Jelebu selepas balik kerja. Atas sebab-sebab tertentu, mood aku memang kureng sikit namun semangat aku tak pernah luntur. Pergi tetap pergi walaupun kali ini bersendirian mewakili S.U.Z.I.

Kami berhenti di R & R Seremban untuk bertemu Tuan Haji yang akan menjemput kami. Asal ternampak aja aku, dia terus memberi salam dan girang berbual. Apa tak nya memang kehadiran aku dalam trip dialu-alukan sebab aku selalu sama tak larat dengan dia dalam episod daki mendaki ni. Bukan tak larat sebenarnya tapi kami lebih suka menikmati keindahan pemandangan di sekitar trek yang kami lalui. Kalau jalan laju-laju, tak puas memerhatikan sekeliling.

Macam kawan-kawan DOE juga, Tuan Haji bertanyakan kawan-kawan S.U.Z.I. team aku yang lain. Apa yang harus aku jawab? Hmm... Dorang tak cukup hardcore untuk daki Gunung Besar Hantu, he he he.... Tinggi sangat kot, takut gayat.

Dan tuan Haji pun bercerita tentang plan beliau untuk bawa kami mendaki Gunung Bromo di Surabaya. Adui, kalau dia dah sebut tu maksudnya dia akan usahakan juga untuk kami sampai ke sana. Aku harap ianya menjadi kenyataan. Dan yang paling seronok ialah bila dia kata: semua yang ikut trip kali ini adalah muka-muka yang terpilih untuk trip Gunung Bromo... Waduh-waduh.... teruja banget sih gue...

Kami dibawa ke sebuah warung makan di Jelebu. Teruja betul kami melihat bumbung-bumbung bangunan yang berbentuk tanduk kerbau. Memang nak bergambar berlatarbelakangkan bumbung tersebut, tapi tak nampak dalam gambar.

Sambil menunggu makanan yang dipesan dihidangkan, kami berborak-borak. Seronok bila dapat luangkan masa bersama-sama macam ini. Lupa segala masalah, lapang fikiran. Rupa-rupanya Jelebu adalah kampung halaman Tuan Haji. Seronok betul dia bercerita kepada kami kisah-kisah di situ, termasuk kisah-kisah masa kecil dia.

Dan kami dibawa bermalam di rumah peninggalan arwah ibubapa beliau. Rumah di mana beliau membesar. We feel honoured dapat bermalam di situ. Berbesar hati.




Aku macam biasa takkan melepaskan peluang untuk mengabadikan suasana bersama-sama kawan-kawan. Asal saja aku pasang tripod, biasalah model-model pun tahu peranan masing-masing.

Lepas mandi, kami lepak-lepak dan ngobrol-ngobrol. Udara malam di rumah itu memang sejuk dan segar. Paling best, takda nyamuk. Memang selesa sekali. Kami tidur beramai-ramai secara bersepah-sepah macam baru lepas dipukul ribut.

Untuk kumpulan Kongsi Gelap dari DOE ni, memang kat mana-mana pun mereka akan "palam". Aku pun kengkadang pelik juga sebab mereka macam tak jemu-jemu main terup. Asal ada masa dan tempat aja tentu taukehnya (Sharul) akan buka kasino. Tunggulah, satu hari nanti aku nak tunjuk skil aku. Dorang belum tahu siapa aku di arena judi ini. Chang Ta Peow pun gerun...
Rumah fesyen lama yang cantik itu, rugi kalau tidak diabadikan dalam foto. Manakala yang lelain tu sibuk melayan terup, ada yang bersantai sambil berborak. Itulah waktunya untuk kami berkenalan sebab ada di antara kami yang baru pertama kali berjumpa.


Mana lengkap kalau  keheningan dan kesyahduan malam itu tidak diserikan dengan kopi. Aku pun tak ingat kopi cap apa yang aku buat pada malam itu. Maklumlah, buat kerja kat rumah yang lama ditinggal. Ada kopi ke kat dapur tu? Aku tengok ada serbuk hitam dalam balang kaca. Aku gerodak aja la dengan air panas.
Memandangkan kopi yang dihidangkan itu laris tanpa komplen, ku kira hidangan ku itu adalah macam standard kopi kat StarBucks atau Old Town Coffee... He he...
Dorang dah mabuk terup, mana peduli kopi tu rasa apa... kan?

Dan lewat juga kami tidur pada malam itu.

Apa berlaku seterusnya? Tunggu....

Wednesday, November 18, 2009

S.U.Z.I. dalam episode CINTA GADIS GUNUNG

Kebelakangan ni hari-hari yang berlalu penuh kerunsingan yang meruncing. Sana-sini ada saja hal-hal yang merobek ketenangan, mengundang kemurungan. Segala menyampah biarpun telah disumbat ke dalam tong sampah, namun keresahan itu berlegar-legar di ruang fikiran bak berlegar-legarnya jet pejuang di medan perang.

Entah kenapa hati ini tetap melonjak nekad ingin turut serta. Biarpun beribu rintangan menyaluti diri, menanti di hadapan, menghantui fikiran. Di sana, ia seolah-olah melambai untuk diselongkar, dibongkar, dihalusi dan diserlah. Maka itu Search, Uncover, Zoom & Illustrate (S.U.Z.I.) tetap akan berada di situ sebagaimana dalam pengembaraan yang lalu. Tak hardcore le kalau mengalah dengan segala macam masalah. Anggap aja masalah itu macam Chicken Marsala. Ngap je bila ia muncul depan mata, tak kisahlah nak ngap mana dulu - kepala atau bontot. Janji settle.


Mujur S.U.Z.I. pergi juga. Kesegaran udara, kedamaian rasa, keindahan suasana telah menyegarkan semula minda, memberikan suatu nafas baru, meninggalkan hari semalam yang sememangnya patut dihantar ke recycle bin. Dan kali ini memang berbeza kerana terkandungnya kisah-kisah yang tersurat dan tersirat. Di Gunung Besar Hantu yang pada mulanya difikirkan penuh dengan hantu, rupanya menyimpan keistimewaan - CINTA GADIS GUNUNG.



Oit sabor le... Bukan senang nak mengarang tau. Kisah benar pulak tu. Nak tahu kisahnya?

Jom ikuti S.U.Z.I. Adventures De Gunung Besar Hantu

Followers